Khamis, 28 Februari 2013

hari ini hari jumaat

lembabnya internet pagi ni...............ahhhh sakit hati betul, nak masukkan gambar pun langsung x boleh lama betul nak upload. Sabar .....sabar itukan separuh dari iman, pagi-pagi jumaat ni x elok marah-marah. Jumaat penghulu segala hari, sabar la duhai hati....

Rabu, 27 Februari 2013

Aurat



Allah s.w.t. mengharamkan wanita mendedahkan kecantikan zahirnya,
bukan bertujuan menyekat kebebasan wanita,
tetapi kerana Allah menyayangi wanita
tidak ada wanita yang akan teraniaya dan menderita kerana hukum menutup aurat
sebaliknya, dengan mendedahkan aurat mereka telah menzalimi diri mereka
dan merosakkan orang lain


Selasa, 26 Februari 2013

Rumah Tradisional

             Saya suka sangat melihat rumah-rumah lama/tradisional yang ada di Malaysia ni, bagi saya ianya terlalu unit. Kalau pergi Melaka mesti saya nak masuk Taman Mini Malaysia, disitu terdapat rumah-rumah tradisional bagi setiap negeri, saya akan naik setiap rumah tu. Kalau masuk dalam rumah tu saya seolah-olah dapat membayangkan kehidupan orang dahulu yang serba kekurangan , bagaimana mereka boleh hidup tanpa air dan api.Setiap rumah tradisional ini sangat unit ada serambi, anjung/ruang tamu, di bahagian dapur pula ada pelantar yang dibuat daripada buluh, disusun lantai tu jarang-jarang sebab disini merupakan tempat untuk membasuh pinggan mangkuk fungsinya seperti singki la.
            Dulu rumah arwah nenek saya masih ada lagi pelantar ni ketika saya kecil dulu, seronok bermain disitu kadang-kadang saya mandi pun disitu, tapi bila saya dah bersekolah  dah diganti dengan singki.Sebab itu la saya suka sangat baca kartun kartunis Lat, memang mempunyai jiwa klasik betul. Suka saya tengok lukisan dia, cerita budak Kampung Boy memang menarik.Bila baca cerita Kampung Boy saya teringin nak hidup dizaman tu, duduk rumah kayu, mandi sungai, malam hanya bertemankan pelita minyak tanah, naik basikal ....seronok ye.

lukisan rumah tradisional kartunis Lat
gambaran yang dilukis didalam rumah

             Baru-baru ni rumah arwah nenek suami saya telah dirobohkan sebab papannya dah banyak yang rosak, kayu-kayunya banyak dimakan anai-anai, sayangnya...sebab tak terjaga .

rumah yang bakal dirobohkan

rumah baru yang bakal dibina dari tapak yang sama
      

Isnin, 25 Februari 2013

DOA


        Bukan mudah bagi seorang hamba Allah mengerakkan hati dan lidahya untuk berdoa jika tidak kerana taufik dan hidayah Allah. Apabila hati dilembutkan untuk berdoa, bererti seseorang itu telah berasa kefakirannya dihadapan Allah. 
         Apabila kita telah benar-benar berhajat kepada-Nya , maka Allah pasti tidak akan mengecewakan hajat kita itu.
        Selalu says amalkan dari dulu lagi setiap apa pun yang ingin dibuat berdoa la dulu moga-moga Allah memberkati apa yang kita lakukan. 
        Berdoa bukan untuk memberitahu Allah apa yang kita pinta, kerana tanpa diberitahu pun Allah sedia mengetahui. Doa ialah pengabdian daripada seorang hamba kepada Tuhannya.

Ahad, 24 Februari 2013

anak dulu anak sekarang

          Zaman kanak-kanak saya dulu seusia 9 tahun saya dah diajar kerja-kerja di dapur seperti menghidangkan makanan, membasuh pinggan, mengemas rumah dan sebagainya. Masa tu mak bekerja di ladang saya dan kakak saya la yang mengemas rumah terutama sekali masa cuti sabtu dan ahad.Kami membahagikan kerja biasanya bahgian dapur kakak saya uruskan, ruang tamu dan bilik bahagian saya, kalau mak pesan suruh sapu sampah diluar rumah kami akan lakukan bersama-sama tapi bahagia ini paling seronok sambil buat kerja boleh main.Kemudian kami akan basuh kain baju bersama-sama bukan guna air paip tapi masa tu masih guna air perigi, tapi biasanya basuh kain baju ni bila mak tak sempat saje terpaksalah kami buat, selalu mak yang basuh. Masa basuh kain ni seronok sebab ramai-ramai dengan kawan-kawan pergi perigi, selalunya kakak saya memberus saya tukang bilas, masih segar dalam ingatan saya kalau nak perah kain batik atau kain pelikat saya dan kakak akan lakukan bersama-sama, kakak pegang hujung sini saya pegang hujung sama kemudian kami pusing la untuk perah kain tu, ye la masa tu budak-budak lagi badan pun kecik je mana larat kakak pun baru darjah 4. Tapi ibubapa dulu-dulu tak risau pun anak-anak ke perigi diusia itu, ye la kanak-kanak dulu cepat matang diusia yag muda, kita tahu baik buruk, bahaya atau tidak sesuatu benda, budak zaman sekarang cepat matang perkara yang negatif dulu.
            Bila semua kerja-kerja rumah dah selesai barulah kami akan pergi bermain, mak biasanya akan balik kerja dalam pukul 2, untuk makan tengahari mak dah siap masak subuh tadi sebelum pergi kerja.Masak memang mak tak bagi kami lakukan bahaya sebab melibatkan api.Jadi saya dan kakak dah terdidik begitu bila cuti sekolah sabtu dan ahad memang kami dah tahu apa yang akan dilakukan, kami akan bangun awal lepas subuh kadang-kadang tak tidur balik. Tapi anak zaman sekarang kalau cuti sekolah je mesti bangun lambat, ye la anak saya sendiri pun sama. Kalau buat kerja pun nak berkira dengan adik-beradik contohnya tadi kakak dah buat sekarag giliran adik pula, atau pun semalam kakak dah kemas bilik hari ni adik pula kemas. Saya dengan kakak saya dulu boleh buat kerja sama-sama, saya cuba buat macam mak saya didik saya dan kakak bab kerja-kerja rumahtangga ni tapi belum berjaya lagi tertanam dalam diri anak-anak saya. Padahal saya ada 2 orang juga anak perempuan. si kakak darjah 4, adik darjah 2.
            Contohnya pada pagi sabtu baru-baru ni saya suruh kemas bilik , rak-rak buku dan meja tulis. Saya membebel la juga "belajar kemas sendiri umur dah 11 tahun tak kan semua ibu yang nak buat" tiba-tiba terdengar suara halus menjawab "adik baru 8 tahun" ooppp.....itulah anak zaman sekarang. Sambil tu saya cari dari mana suara tu , saya intai dari pintu bilik alhamdullilah....dua-dua tengah kemas bilik, sorang susun buku kat rak sorang kemas katil.Insyallah saya berazam akan didik 2 orang puteri saya ni dari segi kerja rumahtangga seperti mana mak saya didik saya dulu. Saya cakap pada anak-anak saya walau setinggi mana pun pelajaran walau setinggi mana pun pangkat walau setinggi mana pun tangga gaji tapi kerja-kerja rumahtangga mestilah tahu.Bukan nak tunggu kahwin nanti baru nak belajar tapi dari seusia kanak-kanak la dah mula belajar.Semoga cita-cita saya yang satu ni akan tercapai amin..........


Jumaat, 22 Februari 2013

Menunggu???????

bosan...boring....letih.....penat...eh  sama je kan ...tapi itulah istilah yang boleh digambarkan jika kita sedang menunggu...
kenapa ???? sebab sekarang ni tengah menunggu suami yang belum balik-balik ,
janji nak pergi kenduri dia tak balik lagi...

asalamualaikum....

susahnya.... nak buat blog ni 2 hari baru dapat tulis entri kat sini, dah la "awak budak baru belajar". Tu la dah tua-tua baru nak belajar buat blog. Masa muda dulu rajin tulis dairy, tapi bila dah masuk alam rumahtangga minat menulis tu dah kendur. Tapi sejak akhir-akhir ni suka baca blog orang teringin pula nak ada blog sendiri lagi pun anak-anak dah besar ada la masa nak menulis balik, dulu pernah berangan nak jadi penulis....hahaha.....cita-cita yang tak  kesampaian, dulu minat subjek sastera masa sekolah menengah, siap ikut bengkel penulisan lagi, tak pe dah ada blog ni boleh la tajam kan balik skil menulis yang pernah dipelajari dulu.