Selasa, 16 April 2013

Kelebihan Aloe Vera Gel membantu Diabetes?


Bagaimana Aloe Vera Gel membantu Diabetes?

Aloe Vera Gel mengandungi lebih daripada 200 jenis zat yang diperlukan oleh kita, termasuk :
  • 12 jenis vitamin 
  • 20 jenis mineral
  • 20 jenis asid amino - menyembuhkan luka / tisu-tisu yang rosak
  • 8   jenis enzim - penting dalam proses metabolik
  • Serat (fiber) semulajadi - mengawal paras gula dalam darah kita

Aloe Vera Gel membekalkan zat-zat yang diperlukan setiap hari supaya kita sentiasa bersemangat. Lihat demo di bawah :


Dalam eksperimen ini, cecair yang berwarna jernih adalah air paip, cecair yang berwarna kuning adalah Aloe Vera Gel.


Apabila 2 wayar di dalam litar itu disambung, lampu akan bernyala. Ini bermakna litar itu memang ada arus elektrik.






Kita tahu bahawa air paip adalah konduktor elektrik. Apabila 2 wayar dimasukkan ke dalam air paip, lampu tdak bernyala. Sebabnya, air paip tidak mengandungi mineral yang banyak.




Apabila 2 wayar dimasukkan ke dalam Aloe Vera Gel, lampu bernyala. Jelas menunjukkan Aloe Vera memang penuh dengan mineral.






Kelebihan Aloe Vera Gel kami :
1. 100% Stabilized
- Aloe Vera yang tidak pernah distabilkan akan hillang semua zatnya dalam masa 48 jam. Jika anda membeli produk aloe vera yang tidak pernah distabilkan, zat dalamnya tidak terjamin.
Proses Penstabilan ini merupakan paten(copyright) syarikat kami. Proses ini memastikan khasiat & kemujaraban Aloe Vera Gel kami dikekalkan.
2.  Hanya menggunakan spesis Aloe Vera yang terbaik - Aloe Barbadensis Miller
- Terdapat lebih daripada 200 spesis Aloe Vera di dunia ini. Menurut saintis, hanya 3 spesis yang bermanfaat kepada manusia. Spesis yang paling baik ialah Aloe Vera Barbadensis.
Testimonial Aloe Vera :
Cara Pengambilan: 
Dos yang dicadangkan: 30 - 60ml setiap kali,2 kali sehari
*postage sebotol RM 9.00 (Semenanjung) dan RM 13.00 (Sabah/Sarawak)

DEMO: http://www.youtube.com/watch?v=Ph__9CwKIFQ
BABY PUN BOLEY MINUM: http://www.youtube.com/watch?v=fEQctivNSZo
BAHAYA USUS KOTOR: http://www.youtube.com/watch?v=0OuvAACU7hg&feature=share

Produk Forever Living Yang Paling Laris

Aloe Vera Gel 




forever living vs produk jenama lain


4 Sebab Mengapa Pilih PRODUK FOREVER LIVING

1.  Syarikat Kukuh : 

- Ditubuhkan pada tahun 1978 & telah beroperasi di 140 buah negara di dunia.

 Pengilang Aloe Vera Terbesar Di Dunia

Kami merupakan Penanam Aloe Vera Terbesar Di Dunia
- Telah mencapai jualan melebihi US$2.5 billion & terus berkembang


2. Produk Halal (IFANCA) : 

Peluang bisnes ini memang satu peluang untuk Muslim sebab produknya makanan sunnah. Antara produknya :

- Lidah buaya
Produk berasaskan spesis Aloe Vera  terbaik - Aloe Barbadensis Milller
- madu lebah 
Produk Lebah seperti madu, pollen, propolis & royal jelly
Sumber bahan mentah dari Sonoran Dessert yang bebas daripada pencemaran
- buah delima
- minyak zaitun


3. Produk Yang Meyakinkan

Produk utama 1: Aloe Vera Gel

Aloe Vera Gel Sesuai untuk :
- masalah berat badan     - perut buncit     - kurang bersenam     - sentiasa letih     
- tidur tak lena     - sembelit      - kolesterol tinggi     - gastriik     - kencing manis     
- darah tinggi     - asthma     - masalah hormon   - kulit sensitif     - jerawat     
- rambut gugur dan sebagainya.


Aloe Vera Gel kami berbeza dengan Aloe Vera di pasaran sebab :
1. Teknologi Penstabilan
Aloe Vera Gel kami telah distabilkan & kesegarannya dikekalkan pada 99.875%. Aloe Vera yang tidak distabilkan akan hilang semua zatnya dalam 24 jam.
Setakat ini, hanya kami sahaja membekalkan Stabilized Aloe Vera sebab teknologi ini telah mendapat Patent (copyright)
2. Teknologi Pembuangan Kulit
Kulit Aloe Vera mengandungi Emodin(gel warna kuning) yang boleh mengakibatkan allergic atau cirit-birit.
Aloe vera hanya selamat dimakan jika kandungan Emodinnya kurang daripada 10ppm. Jadi, berhati-hati semasa memilih makanan aloe vera.
Teknologi Pembuangan Kulit kami dapat mengawal kandungan Emodin dalam aloe vera pada tahap 0.3ppm. Jadi, ia selamat diminum.
Produk Utama 2: Artic Sea
Artic Sea mengandungi minyak ikan(omega-3) & minyak zaiton(omega-9).  Ia sesuai untuk 
- mengurangkan kolesterol jahat      - mengurangkan risiko sakit jantung & strok 
- mengurangkan sakit sendi      - mengurangkan risiko jadi nyanyuk 
- simpton keradangan ulser      - masalah kemurungan 
- asthma      - masalah kulit
- mempertingkatkan keupayaan pembelajaran (mengandungi DHA).
Sila tengok video Bagaimana ia berfungsi :
4. Pasaran Baru

Walaupun bisnes ini sudah 30 tahun dalam Malaysia (sejak 1980), pasaran Muslim baru mula diterokai sejak tahun 2009.

Produk yang dijual adalah Halal. Bahan mentahnya merupakan makanan sunnah seperti aloe vera, madu lebah, buah delima, zaitun... Maka, ia memang diterima oleh semua.

Peluang Bisnes FOREVER LIVING




Pengedar-pengedar terutamanya masyarakat MELAYU sangat dialu-alukan untuk menyertai bisnes ini. Sebelum ini, produk FOREVER LIVING lebih dikenali di kalangan masyarakat Cina sahaja. Kini, FOREVER LIVING ingin mengembang dan meneroka pasaran Muslim kerana produk ini telah lama diiktiraf dengan sijil HALAL dan memenuhi piawaian-piawaian tertentu yang semestinya dititikberatkan dalam agama Islam.





Produk FOREVER LIVING diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi yang sudah dikenali sebagai 'makanan' untuk kesihatan badan seperti Aloe Vera, Madu, Buah Delima, Minyak Zaiton, Minyak Ikan Kod dan sebagainya seperti mana yang tercatit di dalam Al-Quran & Hadith. 



Terdapat lebih daripada 50 jenis produk FOREVER LIVING yang dipasarkan merangkumi produk kecantikan Aloe Vera, produk kesihatan Aloe Vera, produk pelangsingan badan Aloe Vera, Aloe Vera Spa, solekan Aloe Vera & produk kegunaan harian Aloe Vera.



Bagaimana Untuk Menjadi Ahli??

Hanya bayaran sebanyak RM50 SEKALI SEUMUR HIDUP, anda layak untuk mendapatkan diskaun sebanyak 15% ke atas semua produk FOREVER LIVING. Tiada syarat dikenakan untuk keahlian KEKAL AKTIF. Menarik bukan?? Setelah mendaftar dan membuat bayaran keahlian, anda adalah sebagai New Distributor atau Pengedar Baru.

Bagaimana Untuk Berbisnes dan Menjana Pendapatan di FOREVER LIVING??

Hanya BERMODALKAN RM1300. Anda akan perolehi 10 botol Aloe Vera Gel, 5 Arctic Sea, Risalah dan Fail serta pembelajaran sepanjang masa. Setelah membuat bayaran sebanyak RM1300, anda ialah Pengedar VIP atau Assistant Supervisor dan layak mendapatkan diskaun sebanyak 30% ke atas semua produk FOREVER LIVING untuk pembelian seterusnya serta 5% dari bonus jualan peribadi.

Mahal sangat nilai RM1300?
Jangan Risau...Ada alternatif lain. Anda mendaftar sebagai ahli biasa bermodalkan RM50 dan cuba untuk jualkan produk FOREVER LIVING sebanyak nilai RM1440 dalam masa 2 bulan...secara automatik anda akan ke pangkat Assistant Supervisor dan memperolehi diskaun sebanyak 30% dari harga runcit produk serta 5% dari bonus jualan peribadi untuk pembelian seterusnya. Menarik bukan?

Kenapa RM1440 dalam masa 2 bulan?
Untuk melayakkan seorang Pengedar bergelar Assistant Supervisor, dia harus melengkapkan 2cc. Nilai 1cc di Malaysia ialah RM720. Jadi, 2cc bersamaan RM1440. Tempoh 2 bulan pula ialah syarat syarikat yang mana jumlah jualan dikumpulkan selama 2 bulan untuk proses kenaikan pangkat.
Contoh:
Harga runcit Aloe Vera Gel ialah RM90, sebagai pengedar biasa, anda hanya membayar RM76.50 sedangkan sebagai Assistant Supervisor, harga anda ialah RM63.00 sahaja di samping anda sendiri boleh menaja pengedar-pengedar yang baru. Berbeza dengan Pengedar biasa yang tidak layak untuk menaja sesiapa cuma memperolehi diskaun sebanyak 15% sahaja.

Plan Pemasaran FOREVER LIVING

8 Bonus di FOREVER LIVING

1- Keuntungan Runcit  ---- 15% - 30%
2- Keuntungan Runcit NDP  ---- 15%
3- Bonus Jualan Peribadi ---- 5% - 18%
4- Bonus Jualan Berkumpulan  ---- 3% - 13%
5- Bonus Kepimpinan  ---- 2% - 6%
6- Bonus Permata  ---- 1% - 3%
7- Program Insentif Perolehan  ---- Sehingga RM2,4000
8- Insentif Perkongsian Keuntungan  ---- Satu tabung diperuntukkan untuk dikongsi di antara mereka yang layak.

Bonus Istimewa Untuk Mereka Yang Layak
1- Rali Asia Tahunan
2- Rali Super Amerika tahunan
3- Rali Dunia Tahunan
4- Lawatan Pengurus Permata
Ciri- ciri Istimewa Plan Pemasaran FOREVER LIVING
1- Pengumpulan 2 Bulan (2 Month Accumulation)
Bermaksud anda boleh mengumpul jumlah jualan anda selama 2 bulan untuk proses kenaikan pangkat.

2- Tidak Berbalik (No. Reversion)

Bermaksud, jika anda adalah seorang Manager dan mempunyai downline A, B dan C di dalam line yang sama. A adalah downline pertama manakala C adalah dawnline ke-3. Jika C telah berjaya naik ke pangkat Manager, secara automatik, A dan B juga berpangkat Manager dan semuanya layak untuk mendapatkan bonus sebanyak 18% iaitu 48% (30% 18%) untuk semua produk FOREVER LIVING. Menarik bukan?
3- Tiada Pintasan (No. Pass Up)
Seperti No. 2. Anda berada di kedudukan yang sama tetapi bertaraf Manager.
4- Bonus dibayar berdasarkan Harga Runcit
Kebanyakan syarikat MLM membayar bonus berdasarkan pv. PV selalunya separuh daripada harga runcit. Jadi, keuntungan adalah LEBIH BESAR di sini.

5- Tidak perlu membuat bayaran kepada ahli di bawah anda
.
Bermaksud, syarikat yang menguruskan kesemua bonus downline anda. Tugas anda hanya memperluaskan rangkaian anda sahaja.
6- Kos permulaan yang rendah.
Ada syarikat MLM yang memerlukan sekitar 6K untuk memulakan bisnes. FOREVER LIVING lebih mementingkan penjualan produk kerana produknya TERBUKTI berkesan. Harga untuk setiap produk kebanyakannya kurang daripada RM100 iaitu harga MAMPU di kalangan masyarakat Malaysia.
7- Latihan percuma diberikan dari masa ke semasa

*cara mudah saya: 
RM1241 boleh dpt 5x aloe vera, 5x jus delima, 5x m.zaitun. 
1 set makan sendiri, 4 set jual 
*untuk pendaftaran ahli: 
bank in RM50 + postage rm10 
dan email pd saya salinan ic dan butiran suami isteri 
(Nama,almt,ic,email,pekerjaan)
Selepas pendaftaran, saya pos starter kit (fail, buku n pamplet).. 

Khamis, 4 April 2013

kerja...kerja...kerja

lama tak menulis disini....sibuk dengan kerja-kerja yang tak pernah habis.
Walaupun kerja sendiri tapi kena bijak bahagi masa, memang seronok kerja sendiri walaupun pun penat.
Dulu dah puas kerja makan gaji....macam-macam bidang kerja lepas habis STPM kerja guru sandaran , sebelum sambung belajar kerja dalam bidang kontraktor binaan tahu la serba sedikit nak buat sebut harga bagai....dah habis belajar kerja tempat saham pula ....lepas tu tukar kerja berkaitan facility kat hospital pula...itulah yang terakhir kerja makan gaji sebelum berumahtangga. Sekarang kerja sendiri seronok....awak la bos awak la kuli.

Jumaat, 15 Mac 2013

TAZKIRAH PAGI JUMAAT

Mimpi Nabi SAW

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah r.a berkata. Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkkan....."

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yang amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis laknatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke dudurnya oleh malaikat Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadaan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicaralah mereka dengannya.

Khamis, 14 Mac 2013

9 orang 'SITI' yang patut dijadikan contoh

1. Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yang melahirkan anak-anak Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, menghantar makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira.

2. Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dengan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah berkata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehingga Ali maafkan kamu.

3. Siti Aishah
- Beliau isteri Rasulullah yang paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.

4. Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail (pengorbanan seorang ibu )

5. Siti Mariam
- Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t  untuk mengandungkan Nabi Isa.

6. Siti Asiah
- Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.

7. Siti Aminah
- Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasulullah s.a.w. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8. Siti Muti'ah
- Isteri yang patut dicontohi dan dijadikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan rotan untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja.

9. Siti Zubaidah 
- Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

Semoga kita mencotohi peribadi mereka dan mengambil pengajaran untuk mendidik anak-anak perempuan kita. Jangan hanya nampak 'Siti Nurhaliza' sahaja sebagai 'role model' untuk anak-anak kita.

Rabu, 13 Mac 2013

Hakikat Dunia

Saya teringat satu kisah Rasulullah s.a.w yang saya pernah baca dari novel Norhayati Berahim.Begitu banyak pengajaran di dalam kisah tersebut .
           Satu hari Rasulullah berkata kepada Abu Hurairah r.a. Kata-kata baginda berupakan satu soalan. Kata Rasulullah , "mahukah aku perlihatkan kepadamu hakikat dunia?" Beliau menjawab, "Ya," Rasululluh s.a.w kemudiannya bersama beliau pergi kesuatu tempat pembuangan sampah di luar kota Madiah.Di tempat itu berselerak benda-benda termasuk tengkorak manusia , kotoran, kain-kain koyak, tulang belulang dan lain-lain.
            Rasulullah s.a.w bersabda, " Abu Hurairah , ini adalah tengkorak manusia . Dahulu di dalamnya bercita-cita dan tamak untuk dunia, sebagaimana kamu hidup sekarang. Dahulu dia pun menaruh harapan seperti kamu sekarang. Hari ini dia terguling di sini tanpa kulit. Sebentar lagi dia akan menjadi tanah.Kotoran ini berasal dari berbagai macam jenis makanan, yang telah diusahakan dengan susah payah lalu dimakan. Kini ia terletak di sini dalam keadaan menjijikkan, sehingga orang yang melihatnya saja akan menjauh. Kain-kain yang koyak ini dahulunya adalah pakaian yang indah dan mahal dipakai orang, lalu merasa bangga dengannya. Hari ini angin menerbangkannya ke sana ke mari. Tulang-tulang ini dahulu adalah haiwan-haiwan yang manusia pernah menungganginya dengan perasaan bangga dan berjalan-jalan di muka bumi. Jadi, siapakah yang tidak mahu menangis dengan keadaan mereka ini, menangislah sambil melihatnya." Abu Hurairah r.a berkata bahawa mereka kemudian menangis tersedu-sedu.
        Zaman sekarang terlalu ramai orang tamakkan dunia dan menabur fitnah sesama sendiri hanya kedudukan dan harta dunia.

Selasa, 12 Mac 2013

Benar tapi Pelik

Pagi ini saya nak kogsi sebuah buku yang sangat meninggalkan kesan bagi diri saya. Buku yang ditulis oleh seorang penceramah bebas yang cukup popular dimasa kini iaitu Ustaz Zahazan Mohamed bertajuk Himpunan Kisah Benar Tapi Pelik. Kisah-kisah yang terdapat didalam buku ini berdasarkan kisah yang terkandung didalam Al-Quran kebayakkannya yang kita tak pernah baca dan dengar. Antaranya saya ambil petikan dalam kisah Balasan Mempermainkan Sunnah " setelah berlalu sembilan bulan itu, dia telah melahirkan seekor binatang yang ganjil sifatnya, seperti seekor tikus. Tetapi binatang itu mempunyai kepala seperti kepala ikan dengan empat batang taring yang amat besar, ekor yag tajam, dan empat batang jari. Bahagian belakangnya pula seperti belakang arnab. Sebaik sahaja keluar dari perut Abu Salamah, binatang itu terus menjerit sebanyak tiga kali sebelum dipukul oleh anak perempuannya dibahagian kepala sehingga mati ". 

Antara kisah-kisah yang terdapat didalam buku ini :
  • - Dab yang beriman
  • - Jenazahnya dilindungi lebah berbisa
  • - Syuraih: Hakim yang celik hati
  • - Ya Allah , aku tidak mahu menjadi pemimpin Al-Bashrah
  • - Cukup Allah menjadi saksi
  • - Sayidina Umar menulis kepada sungai Nil
  • - Keadaan mayat setelah dikuburkan
  • - Para sahabat memakan bangkai binatang
  • - Lumpuh setiap kali berniat jahat kepada Sarah
  • - Syafaat yang paling agung
  • - Doa pengasih yang diajar oleh nabi
  • - Balasan mempermainkan sunnah
  • - Ain yang memudaratkan
  • - Air keluar dari jari-jemari Rasulullah s.a.w
  • - Pokok kurma menangis ditinggalkan Nabi s.a.w
  • - Pokok datang kepada Nabi s.a.w
  • - Jin melarikan gadis
  • - Gurauan Rasulullah s.a.w
  • - Padah mempelajari sihir
  • - Pemimpin memasak untuk rakyat
  • - Taubat nasuha seorang ahli maksiat
  • - Musa berguru dengan Khidir
  • - Matahari ditahan daripada terbenam
  • - Ditimpa demam sepanjang hayat
  • - Bulan terbelah dua
  • - Mulianya hati seorang isteri mujahid
  • - Lelaki yang diberi cahaya dikepalanya
  • - Tanda putih ditelapak tangan Uwais
  • - Tiada kain kapan untukmu sahabat
  • - sedikit namun mencukupi
  • - Dipenjarakan kerana seekor tikus

Beriadah

Lama betul tak berbasikal, kalau tidak hampir setiap minggu saya, suami dan anak-anak akan berbasikal ke pantai...aktiviti riadah yang amat digemari saya sekeluarga.Badan pun dah rasa berat ni, jawabnya kena mula berbasikal la ni....

basikal ibu

basikal ayah

pagi-pagi berbasikal



dah sampai kat pantai


melepaskan lelah sambil sarapan pagi