Rabu, 13 Mac 2013

Hakikat Dunia

Saya teringat satu kisah Rasulullah s.a.w yang saya pernah baca dari novel Norhayati Berahim.Begitu banyak pengajaran di dalam kisah tersebut .
           Satu hari Rasulullah berkata kepada Abu Hurairah r.a. Kata-kata baginda berupakan satu soalan. Kata Rasulullah , "mahukah aku perlihatkan kepadamu hakikat dunia?" Beliau menjawab, "Ya," Rasululluh s.a.w kemudiannya bersama beliau pergi kesuatu tempat pembuangan sampah di luar kota Madiah.Di tempat itu berselerak benda-benda termasuk tengkorak manusia , kotoran, kain-kain koyak, tulang belulang dan lain-lain.
            Rasulullah s.a.w bersabda, " Abu Hurairah , ini adalah tengkorak manusia . Dahulu di dalamnya bercita-cita dan tamak untuk dunia, sebagaimana kamu hidup sekarang. Dahulu dia pun menaruh harapan seperti kamu sekarang. Hari ini dia terguling di sini tanpa kulit. Sebentar lagi dia akan menjadi tanah.Kotoran ini berasal dari berbagai macam jenis makanan, yang telah diusahakan dengan susah payah lalu dimakan. Kini ia terletak di sini dalam keadaan menjijikkan, sehingga orang yang melihatnya saja akan menjauh. Kain-kain yang koyak ini dahulunya adalah pakaian yang indah dan mahal dipakai orang, lalu merasa bangga dengannya. Hari ini angin menerbangkannya ke sana ke mari. Tulang-tulang ini dahulu adalah haiwan-haiwan yang manusia pernah menungganginya dengan perasaan bangga dan berjalan-jalan di muka bumi. Jadi, siapakah yang tidak mahu menangis dengan keadaan mereka ini, menangislah sambil melihatnya." Abu Hurairah r.a berkata bahawa mereka kemudian menangis tersedu-sedu.
        Zaman sekarang terlalu ramai orang tamakkan dunia dan menabur fitnah sesama sendiri hanya kedudukan dan harta dunia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan