Jumaat, 15 Mac 2013

TAZKIRAH PAGI JUMAAT

Mimpi Nabi SAW

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah r.a berkata. Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkkan....."

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yang amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis laknatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke dudurnya oleh malaikat Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadaan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicaralah mereka dengannya.

Khamis, 14 Mac 2013

9 orang 'SITI' yang patut dijadikan contoh

1. Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yang melahirkan anak-anak Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, menghantar makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira.

2. Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dengan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah berkata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehingga Ali maafkan kamu.

3. Siti Aishah
- Beliau isteri Rasulullah yang paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.

4. Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail (pengorbanan seorang ibu )

5. Siti Mariam
- Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t  untuk mengandungkan Nabi Isa.

6. Siti Asiah
- Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.

7. Siti Aminah
- Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasulullah s.a.w. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8. Siti Muti'ah
- Isteri yang patut dicontohi dan dijadikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan rotan untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja.

9. Siti Zubaidah 
- Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

Semoga kita mencotohi peribadi mereka dan mengambil pengajaran untuk mendidik anak-anak perempuan kita. Jangan hanya nampak 'Siti Nurhaliza' sahaja sebagai 'role model' untuk anak-anak kita.

Rabu, 13 Mac 2013

Hakikat Dunia

Saya teringat satu kisah Rasulullah s.a.w yang saya pernah baca dari novel Norhayati Berahim.Begitu banyak pengajaran di dalam kisah tersebut .
           Satu hari Rasulullah berkata kepada Abu Hurairah r.a. Kata-kata baginda berupakan satu soalan. Kata Rasulullah , "mahukah aku perlihatkan kepadamu hakikat dunia?" Beliau menjawab, "Ya," Rasululluh s.a.w kemudiannya bersama beliau pergi kesuatu tempat pembuangan sampah di luar kota Madiah.Di tempat itu berselerak benda-benda termasuk tengkorak manusia , kotoran, kain-kain koyak, tulang belulang dan lain-lain.
            Rasulullah s.a.w bersabda, " Abu Hurairah , ini adalah tengkorak manusia . Dahulu di dalamnya bercita-cita dan tamak untuk dunia, sebagaimana kamu hidup sekarang. Dahulu dia pun menaruh harapan seperti kamu sekarang. Hari ini dia terguling di sini tanpa kulit. Sebentar lagi dia akan menjadi tanah.Kotoran ini berasal dari berbagai macam jenis makanan, yang telah diusahakan dengan susah payah lalu dimakan. Kini ia terletak di sini dalam keadaan menjijikkan, sehingga orang yang melihatnya saja akan menjauh. Kain-kain yang koyak ini dahulunya adalah pakaian yang indah dan mahal dipakai orang, lalu merasa bangga dengannya. Hari ini angin menerbangkannya ke sana ke mari. Tulang-tulang ini dahulu adalah haiwan-haiwan yang manusia pernah menungganginya dengan perasaan bangga dan berjalan-jalan di muka bumi. Jadi, siapakah yang tidak mahu menangis dengan keadaan mereka ini, menangislah sambil melihatnya." Abu Hurairah r.a berkata bahawa mereka kemudian menangis tersedu-sedu.
        Zaman sekarang terlalu ramai orang tamakkan dunia dan menabur fitnah sesama sendiri hanya kedudukan dan harta dunia.

Selasa, 12 Mac 2013

Benar tapi Pelik

Pagi ini saya nak kogsi sebuah buku yang sangat meninggalkan kesan bagi diri saya. Buku yang ditulis oleh seorang penceramah bebas yang cukup popular dimasa kini iaitu Ustaz Zahazan Mohamed bertajuk Himpunan Kisah Benar Tapi Pelik. Kisah-kisah yang terdapat didalam buku ini berdasarkan kisah yang terkandung didalam Al-Quran kebayakkannya yang kita tak pernah baca dan dengar. Antaranya saya ambil petikan dalam kisah Balasan Mempermainkan Sunnah " setelah berlalu sembilan bulan itu, dia telah melahirkan seekor binatang yang ganjil sifatnya, seperti seekor tikus. Tetapi binatang itu mempunyai kepala seperti kepala ikan dengan empat batang taring yang amat besar, ekor yag tajam, dan empat batang jari. Bahagian belakangnya pula seperti belakang arnab. Sebaik sahaja keluar dari perut Abu Salamah, binatang itu terus menjerit sebanyak tiga kali sebelum dipukul oleh anak perempuannya dibahagian kepala sehingga mati ". 

Antara kisah-kisah yang terdapat didalam buku ini :
  • - Dab yang beriman
  • - Jenazahnya dilindungi lebah berbisa
  • - Syuraih: Hakim yang celik hati
  • - Ya Allah , aku tidak mahu menjadi pemimpin Al-Bashrah
  • - Cukup Allah menjadi saksi
  • - Sayidina Umar menulis kepada sungai Nil
  • - Keadaan mayat setelah dikuburkan
  • - Para sahabat memakan bangkai binatang
  • - Lumpuh setiap kali berniat jahat kepada Sarah
  • - Syafaat yang paling agung
  • - Doa pengasih yang diajar oleh nabi
  • - Balasan mempermainkan sunnah
  • - Ain yang memudaratkan
  • - Air keluar dari jari-jemari Rasulullah s.a.w
  • - Pokok kurma menangis ditinggalkan Nabi s.a.w
  • - Pokok datang kepada Nabi s.a.w
  • - Jin melarikan gadis
  • - Gurauan Rasulullah s.a.w
  • - Padah mempelajari sihir
  • - Pemimpin memasak untuk rakyat
  • - Taubat nasuha seorang ahli maksiat
  • - Musa berguru dengan Khidir
  • - Matahari ditahan daripada terbenam
  • - Ditimpa demam sepanjang hayat
  • - Bulan terbelah dua
  • - Mulianya hati seorang isteri mujahid
  • - Lelaki yang diberi cahaya dikepalanya
  • - Tanda putih ditelapak tangan Uwais
  • - Tiada kain kapan untukmu sahabat
  • - sedikit namun mencukupi
  • - Dipenjarakan kerana seekor tikus

Beriadah

Lama betul tak berbasikal, kalau tidak hampir setiap minggu saya, suami dan anak-anak akan berbasikal ke pantai...aktiviti riadah yang amat digemari saya sekeluarga.Badan pun dah rasa berat ni, jawabnya kena mula berbasikal la ni....

basikal ibu

basikal ayah

pagi-pagi berbasikal



dah sampai kat pantai


melepaskan lelah sambil sarapan pagi


Isnin, 11 Mac 2013

Cahayamata

Dah lama tak menulis di sini....hampir seminggu line internet tak boleh digunakan. Baru hari ini elok dan lancar, banyak yang nak di tulis tapi belum ada mood lagi. Hampir seminggu juga la tak dapat melayari blog-blog yang saya suka baca, terutama blog-blog masakan.....seronok tengok resepi-resepi yang enak-enak  tapi belum berkesempatan mencuba..ada la dua , tiga jenis yang simple-simple dah cuba.

Malam ni sambil tengok anak-anak buat kerja sekolah boleh la menaip sikit kat sini. Si kakak dah pandai buat kerja sendiri tinggal pantau je, kalau si adik nak buat kerja sekolah kena duduk disebelahnya. Macam-macam perangai anak-anak ni....baru 2 orang macam mana ye... yang mempunyai anak ramai, pening nak melayan kerenah mereka, tapi bila dah besar mesti seronok orang yang mempunyai anak ramai ni, terutama masa menyambut hari raya ohhh...meriah rumah. Saya dapat rasakan sebab adik-beradik saya 6 orang kalau semua ada memang riuh rendah , berbanding dengan suami yang tidak mempunyai adik- beradik sebab dia anak tunggal memang tak seronok sepi je malam raya. Petang tadi saya dapat mesej dari adik sepupu yang rapat dengan saya,  dia selamat melahirkan bayi lelaki seronoknya dia sebab penantian selama hampir 10 tahun tercapai juga. Ada orang yang senang mendapat cahayamata ada orang yang bertahun-tahun kahwin belum ada rezeki....semuanya dari Allah.

Selasa, 5 Mac 2013

WAMA Homestay

Makan angin di Kuala Selangor.....banyak tempat-tempat menarik yang terdapat di sini
Kami menyediakan penginapan rumah teres sederhana
lengkap.Beralamat di- Taman Belibis, Kuala Selangor
-3 bilik 2 bilik air/2 bilik Air Cond 1 Bilik
Kipas Siling
-Katil dan almari,Dapur yang lengkap,Mesin
basuh/Peti Sejuk/Taman Permainan
-Perjalanan menarik:
-K.Lumpur,Batu Cave,Kelang,Shah Alam hanya 35
minit melalui Highway LATAR
-Sabak Bernam,Sg Besar hanya 40 minit
-KFC,Bowling,P.Wayang,TESCO,Taman Burung,
Bukit Malawati,Taman Ikan,Taman Alam dan Taman
Kelip kelip hanya 15 minit
-Ikan Bakar Pantai Remis 15 minit
-UNISEL 25 minit
-Lempeng,Cendol Bakar Karipap Gergasi dihadapan
rumah sahaja

*Penyewa Islam
**Selesa untuk dewasa 10 orang



tempat-tempat menarik di Kuala Selangor

                                                            
keretapi untuk naik ke bukit Melawati
pintu gerbang ke bukit melawati - 15 minit dari homestay

rumah api di puncak bukit melawati

dari sini pemandangan sangat menarik

15 minit dari homestay
ikan yang segar

mesti cuba

kampung nelayan

15 minit dari homestay
sangat indah ciptaan Allah

cubalah satu pengalaman yang sangat menarik

kelip-kelip

menjanjikan keselesaan