Dah lama tak menulis di sini....hampir seminggu line internet tak boleh digunakan. Baru hari ini elok dan lancar, banyak yang nak di tulis tapi belum ada mood lagi. Hampir seminggu juga la tak dapat melayari blog-blog yang saya suka baca, terutama blog-blog masakan.....seronok tengok resepi-resepi yang enak-enak tapi belum berkesempatan mencuba..ada la dua , tiga jenis yang simple-simple dah cuba.
Malam ni sambil tengok anak-anak buat kerja sekolah boleh la menaip sikit kat sini. Si kakak dah pandai buat kerja sendiri tinggal pantau je, kalau si adik nak buat kerja sekolah kena duduk disebelahnya. Macam-macam perangai anak-anak ni....baru 2 orang macam mana ye... yang mempunyai anak ramai, pening nak melayan kerenah mereka, tapi bila dah besar mesti seronok orang yang mempunyai anak ramai ni, terutama masa menyambut hari raya ohhh...meriah rumah. Saya dapat rasakan sebab adik-beradik saya 6 orang kalau semua ada memang riuh rendah , berbanding dengan suami yang tidak mempunyai adik- beradik sebab dia anak tunggal memang tak seronok sepi je malam raya. Petang tadi saya dapat mesej dari adik sepupu yang rapat dengan saya, dia selamat melahirkan bayi lelaki seronoknya dia sebab penantian selama hampir 10 tahun tercapai juga. Ada orang yang senang mendapat cahayamata ada orang yang bertahun-tahun kahwin belum ada rezeki....semuanya dari Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan